Afiqah Ahmad Rushdan
AJK Perakaman & Audio
School of Architecture, Building and Design
Student ID
0352455
Refleksi
Dalam semester pendek ini, saya telah mempelajari banyak benda di dalam modul Penghayatan Etika dan Peradaban ini. Ketika membuat projek berkumpulan ini, saya memahami bahawa pentingnya untuk membuat sesuatu yang besar dengan bekerjasama untuk meringankan beban sesama sendiri. Kumpulan ini, terdapat pelajar- pelajar yang berbeza kaum dan budaya, tempat kelahiran dan personaliti, tetapi kami semua telah menyelesaikan masalah- masalah dengan mempunyai matlamat yang sama. Jadi, melalui projek ini, saya dapat memahami bahawa walaupun kita dari latar belakang dan budaya yang tidak sama, kita tetap boleh bekerja sama tanpa mengira kaum dan bangsa. Pada pendapat saya, projek dan module Penghayatan Etika dan Peradaban ini, mempunyai begitu banyak faedah untuk pelajar mempelajari semula tentang Negara Malaysia. Ianya bukan hanya mengenai apa yang kita lakukan sahaja tetapi ia juga adalah tentang memahami sikap Hubungan Etnik dan peradaban dari generasi ke generasi.