top of page

DISCRIMINASI

Pengaruh  Globalisasi  Terhadap  Etika  dan  Peradaban            

Impak Projek

Impak projek ini adalah untuk melahirkan keharmonian dan kehormatan antara warganegara dan warga antarabangsa. Selain itu, warganegara dan warga antarabangsa dapat meningkatkan dan mengenali budaya negara supaya isu-isu seperti penghinaan tidak berluasa. Akhir sekali, warganegara dan warga antarabangsa dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bertolak ansur dengan satu sama lain. Oleh itu, isu persengkatan dan perselisihan faham dapat diatasi.

Screenshot 2023-02-12 at 10.27_edited.jpg

Storyboard

Konsep Utama Video

Video kami difilemkan dalam bentuk permainan di mana peserta-peserta daripada latar belakang yang berbeza berkongsi pengalaman secara spontan mengenai isu kejutan budaya dan isu kehilangan identiti remaja. Lima peserta kami telah dijemput dan telah diberikan 10 soalan dalam bentuk kenyataan dan diminta untuk memberikan pendapat mereka secara spontan. Kami ingin mendapatkan jawapan yang sejujur-jujurnya daripada semua peserta. Objektif utama video ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kita tentang betapa seriusnya isu kejutan budaya serta isu kehilangan identiti yang kita alami pada ketika ini. Kami juga ingin menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat di negara kita tentang impak negatif masalah ini. 

Perancangan Program

Minggu 1

  • Pembentukan Kumpulan

  • Mesyuarat pertama dilangsungkan dalam talian. Sesi memerah idea dan juga peruntukan tugas berlaku semasa mesyuarat tersebut.

Minggu 2

  • Mesyuarat kedua dilangsungkan dalam talian. Mesyuarat dibahagikan kepada dua sesi. Secara keseluruhannya, perancangan untuk pelan tindakan merakam video dan juga beberapa perbincangan terhadap kajian-kajian dilaksanakan.

Minggu 3

  • Mesyuarat ketiga dilangsungkan dalam talian. Mesyuarat ini hanya diperlukan oleh pengarah video dan pembantu vieo. Pengesahan dan muktamadkan semua barang untuk acara perakaman video diadakan.

  • Raptai untuk perakaman video diadakan di LT.20 Taylor's University.

Minggu 4

  • Acara perakaman video diadakan di LT.20 Taylor's University

  • Kaji selidik diadakan di Sunway

Minggu 5

  • Mesyuarat terakhir dilangsungkan dalam talian.

Jalan Cerita

#1

1.png

Rancangan realiti akan dimulakan dengan pengacara memberi ucapan. Pengacara akan muncul dari belakang pentas dan memberi ucapan alu-aluan di tengah pentas. Pengacara beredar selepas memberi ucapan.

#2

2.png

Para peserta berjalan masuk ke pentas dan setiap peserta memberi pengenalan ringkas. Setelah itu mereka kekal di pentas.

#3

3.png

Para peserta berbaris di tengah pentas. Terdapat 7 baris yang dilabel di atas pentas iaitu sangat setuju, setuju, kurang setuju, neutral, separuh setuju , tidak setuju, sangat tidak setuju dari kiri ke kanan.

#4

Screenshot 2023-02-09 141108.png

Pengacara akan bertanya soalan dam peserta akan beredar ke label yang diploid dan mula bercakap tentang isu yang ditanya oleh pengacara. Jumlah soalan yang ditanya ialah sebanyak 10 soalan.

#5

5.png

Selepas perbualan tamat, peserta akan kembali ke barisan tengah.

#6

6.png

Setelah kesemua 10 soalan telah ditanya, para peserta akan meninggalkan pentas dan  pengacara akan memberi ucapan penutup. Tamat.

Tetamu Istimewa

Dalam Video, "What Is It Like To Be Discriminated? SPECTRUM: Global Influence Leading To Discrimination in Malaysia

bottom of page