top of page
Pengenalan
Video yang dihasilkan oleh kumpulan kita bertajuk "What Is It Like To Be Discriminated? SPECTRUM: Global Influnce Leading to Discrimination in Malaysia". Objektif yang ingin kita capai adalah untuk memberikan pendalaman kepada penonton-penonton kita tentang sebab-sebab diskriminasi berlaku dan seterusnya membina serta mengukuhkan jati diri individu.
N A R R A T I V E
Reaction Video
C O M M E R C I A L
BTS
Pencapaian
Melalui modul tersebut, kumpulan kita telah banyak memperolehi maklumat yang kaya dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan etika dan peradaban. Kumpulan kita telah berjaya mengenalpasti sebab-sebab seseorang individu kehilangan identiti diri. Kita juga dapat mencari penyelesaian secara bertungkus lumus untuk mengukuhkan jati diri dan memelihara identiti seseorang individu.
Sebagai akhirulkalam, kumpulan kita ingin menegaskan bahawa kita sebagai generasi moden bukan sahaja seharusnya mempertahankan identiti diri, malah juga untuk ibu pertiwi kita supaya budaya kita dipelihara and menarik perhatian negara-negara lain untuk ditonjolkan kepada mereka.
KESIMPULAN
Sikap Saling Menghormati
Selain itu, kami juga dapat mengenali faktor-faktor perkauman akan berlaku. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan berbagai-bagai jenis kaum, seni serta budaya. Oleh itu, kita sebagai anak Malaysia tidak seharusnya mengalpakan tugas kita untuk memelihara dan memulihara sejarah dan budaya kita supaya tradisi budaya kita tidak akan pupus dan dihayati oleh generasi seterusnya. Kita juga haruslah menghormati antara satu sama lain tidak kira kaum, pakaian, pertuturan dan rupa seseorang supaya masyarakat majumuk di Malaysia dapat hidup dengan perpaduan dan bersatu damai. Peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh sering diamali dalam kehidupan kita
Projek yang Dibuat
Tempoh penggal persekolahan untuk modul ini amat pendek untuk melaksanakan berbagai-bagai jenis tugas seperti menghasilkan sebuah rakaman dokumentasi untuk dipamerkan dalam media sosial, pembinaan e-portfolio, serta menerima statistik dari rakaman yang dihasilkan untuk melakukan muhasabah diri. Namun begitu, ahli-ahli kumpulan kita mampu berusaha umtuk menghasilkan sebuah projek yang dapat menarik perhatian ramai orang, kerana kita berpegang pada ungkapan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sebagai impaknya, kumpulan kita berjaya mencapai matlamat yang harus kita sasarkan.
bottom of page