top of page

Pengenalan

Hai kawan-kawan! Tujuan kami untuk melakukan ujiselidik ini adalah untuk mengetahui  adakah warganegara Malaysia semakin melupakan adat resam dan tradisi mereka yang telah diamalkan nenek moyang mereka sejak turun temurun? Jika kita mengimbas kembali serjarah terdahulu, kita dapat lihat dengan kedatangan British ke Tanah Melayu, ia telah memberi impak yang besar dengan kedatangan rakyat yang pelbagai kaum seperti Cina dan India. Inilah antara keunikan negara Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1963. Malangnya, akibat kepelbagain kaum dan budaya serta kepercayaan yang bebeza telah menimbulkan konflik antara kaum sehingga menimbulkan keresahan yang berpanjangan dalam kalangan rakyat majmuk di negara kita. 

Objektif

goodstudio210300501.webp

Mengukuhkan serta memelihara identiti individu

Dengan mencapai matlamat tersebut, kumpulan kita mampu memupuk individu untuk mengekalkan identiti diri sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dalam seorang individu yang mesti mengamalkan etika dan peradaban yang sewajarnya. Melalui pengukuhan identiti diri sendiri serta sikap yang mulia, masyarakat yang berbilang kaum akan menghormati antara satu sama lain and sikap perpaduan akan ditonjolkan. Bukan itu sahaja, kita boleh mengharumkan imej negara, mengukuhan seni dan budaya kita, dan kemungkinan akan menjadi teladan kepada negara-negara lain. Sektor pelancongan juga dapat dimajukan disebabkan sikap yang ingin menghormati serta memelihara budaya kita yang kaya.

X32b64vvaFJgbou5Z9yafe1MhErbR6Vjprm7PNjOsLA.jpeg

Mengenalpasti faktor-faktor perkauman berlaku

Kumpulan kita telah berjaya mengenalpasti beberapa faktor isu-isu perkauman berlaku antara masyarakat. Salah satu faktor yang harus ditegaskan adalah kenangan pertama terhadap seseorang yang hanya merhatikan pakaian, pertuturan serta rupanya mungkin akan memberikan pendapat yang salah sehingga melabelkan mereka sebagai orang yang jahat. Sebagai akibatnya, golongan majoriti yang hanya tahu melabelkan orang berdasarkan pakaian, rupa dan pertuturan akan berlaku dan beberapa masyarakat tertentu contohnya individu yang memakai tatu akan dilabelkan sebagai orang yang jahat. Bukan itu sahaja, sikap kemanusiaan yang takut akan orang asing yang berlainan budaya akan menghindari diri daripada mereka. Tambahan pula, sifat individu yang berat sebelah juga akan mengakibatkan sikap ketidakpuas hati dalam hati orang lain.

Penyataan Masalah

identity-crisis.jpeg

Rakyat Malaysia semakin hilang jati diri

Rakyat Malaysia semakin hilang jati diri. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran mereka. Pada zaman moden ini, pengaruh budaya barat telah menyebabkan rakyat Malaysia mula lupa akan identiti dan budaya yang warisi sejak turun-temurun. Sebagai contoh, pertuturan dalam bahasa Inggeris lebih diberi keutamaan oleh masyarakat yang tinggal di bandar kerana bahasa tersebut dilihat sebagai simbol status.  

_20220924_on_microagressions_istock538814361copy.jpeg

Sebab-sebab diskriminasi berlaku di dalam negara kita

Negara Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai jenis kaum, di mana bangsa Melayu, Cina dan India sebagai kaum utama dan mempunya sejarah yang lama antara kaum. Namun begitu, isu tersebut juga akan menimbulkan perselisihan faham antara kaum yang seterusnya isu-isu perkauman turut akan berlaku di mana-man tempat terutamanya dalam tempat kerja. Isu-isu tersebut boleh disebarkan melalui pendidikan dan media sosial.

1200x-1.jpeg

Mentaliti seseorang individu yang tercemar oleh golongan majoriti

Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada bulan Julai 2021, maklumat yang boleh kita peroleh adalah bahawa terdapat 62.5% populasi Malaysia terdiri daripada kaum Melayu dan orang asli. Minda mereka terkandung dengan adat-adat resam tradisi dan kepercayaan kepada Allah yang teguh. Namun begitu, minda mereka yang mencemari minda orang lain telah menjadi masalah kepada masyarakat moden ini yang demokratik dan memupuk pertuturan bebas. Oleh itu, isu-isu perselisihan faham dalam bidang politik senantiasa berlaku di dalam parliamen Malaysia.

bottom of page