top of page

KEMPEN MEDIA SOSIAL

Instagram Story

Media Sosial

Analisis  &  Konklusion 

13.png
4545.png

Tontonan
tertinggi

12.8k

Likes
tertinggi

617

Instagram

Klick icon ini

      Menurut penilaian kami,  treler yang disiaran video akhir kami mencapai sehingga 617 ‘like’ dan 12,800 tontonan adalah kerana keunikannya berbanding dengan karya kumpulan lain. Kami menggunakan gaya Jubilee Knockoff untuk menjadi video kami menarik dan bukannya menggunakan kaedah wawancara. Oleh kerana kami tidak pernah melihat kumpulan lain menggunakan gaya ini, kami berani mencubakannya, dan hasilnya jauh lebih tinggi daripada yang kami jangkakan. Kami sekarang memahami bahawa penggunaan gaya yang jarang atau tidak pernah digunakan oleh kumpulan lain adalah kaedah terbaik untuk menarik minat orang lain. Sebilangan besar penonton kami menyatakan di bahagian komen bahawa hebatnya penyuntingan video dan juga teknik kami menjadikan keseluruhan filem kelihatan lancar dan menarik.  Akhir sekali, walaupun bahagian komen tidak begitu aktif, setiap komen adalah baik dan menyokong filem kami. 

youtube.png

Youtube

Klick icon ini

Analisis  &  Konklusion 

13.png
4545.png

Likes

64

Tontonan

1.1k

  Statistik untuk filem ini menunjukkan bahawa kami menerima 253 tontonan dalam tempoh enam jam pertama, diikuti dengan 432 tontonan dalam tempoh enam jam berikutnya, 556 tontonan dalam tempoh 18 jam berikutnya, dan akhirnya 685 tontonan sepanjang hari pertama. 30 jam kemudian, kami telah menerima 996 tontonan. Akhirnta 1.1k tontonan (13th Feb 2023 12:00pm)
Pada hari pertama video itu dikeluarkan, kami memperoleh 22 “subscriber” di YouTube. Ramai berpendapat bahawa filem kami dirakam dengan baik.  Kami juga ingin “subscriber” kami untuk berhubung dengan dengan kami kerana mereka boleh berkongsi dengan orang lain pengalaman mereka didiskriminasi dan berkongsi buah idea untuk cara menghentikan diskriminasi.

Kami telah berkongsi pautan kami di media sosial seperti Facebook dan Instagram, yang boleh diakses oleh semua orang, jadi orang ramai boleh mengklik pautan itu untuk melihat siaran atau video kami. Kami telah menggunakan pelbagai teg untuk memudahkan penonton memahami , dan tajuk yang jelas membantu orang ramai memahami maksud video. Untuk cuba menarik minat orang ramai, kami meletakkan perkataan "soalan" dalam tajuk berita. Untuk menjadikan filem lebih menarik dan membantu penonton memahami perkara yang dianggap sebagai diskriminasi, kami menggalakkan ahli penonton berkongsi pengalaman mereka

Jantina, Umur, Bangsa

Keseriusan,  Pengalaman, Faktor

Jenis dan Kadar Diskriminasi

Punca Diskriminasi

Tinjaun kami mendapat sebanyak 63 respons, dengan purata lelaki yang menjawab sebanyak 60.3%  dan 38.7% wanita. Majoriti mereka yang berumur lingkungan 20-29 tahun menyumbang sebanyak 65.1%, manakala 13-19 tahun menyumbang sebanyak 30.2% ke dalam tinjaun ini.

Melalui tinjauan ini, kami telah mengumpulkan beberapa orang yang terdiri daripada perlbagai kaum. Sebahagian besar daripada mereka adalah Cina (47.6%), diikuti oleh Melayu (34.9%), India, Sinodusun dan lain-lain. Kami meminta 63 responden untuk menilai tahap diskriminasi di Malaysia. 18 daripada 63 individu memberikan penilaian 8, yang bermaksud “sangat ketara”. Manakala, 36 daripada 63 individu mengaku pernah mengalami prejudis terhadap mereka. Ia menunjukkan lebih daripada separuh jumlah keseluruhan mereka pernah mengalami prejudis.

Apabila kami menyoal mereka tentang sebab mereka percaya mereka didiskriminasi, kebanyakannya mereka menyebut isu perbezaan penampilan, bangsa dan agama mereka. 63 responden percaya bahawa perkauman adalah jenis diskriminasi yang paling teruk, diikuti oleh diskriminasi agama (25.4%), seksisme (11.1%) dan lookism (12.7%). Selain itu, Kami juga meminta peserta untuk menjangkakan apa yang akan berlaku kepada kadar diskriminasi dalam generasi akan datang. 34.9% percaya ia akan meningkat dan 23.8% percaya ia akan jatuh. Manakala, 25.4% berkata mereka tidak jelas, dan 15.9% percaya ia akan kekal sama. Menjawab soalan sebelum ini, terdapat jawapan daripada mereka yang mengundi “ya” pada soalan “stereotaip dan materialisme akan menjadi lebih teruk pada masa hadapan”, ada juga daripada mereka yang mengundi “tidak” kerana percaya bahawa generasi akan datang mungkin lebih menerima dan berpencapaian tinggi. Ada juga daripada mereka yang mengundi “isu ini akan kekal”, kerana ia sudah lama wujud. Soalan terakhir tinjaun kami adalah “pernahkah mereka sedar bahawa mereka sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan negatif tentang orang lain?”. Majoriti daripada mereka berkata "mungkin," kerana mereka tidak jelas tentang diskriminasi. Manakala Dari, 39.7% mengundi "ya,"  dan 19% memilih "tidak."

Analisis  &  Konklusion 

Respon Tinjauan

Temu Duga Dengan Penonton Video

Kumpulan kami telah menjalankan temu duga kepada tiga individu yang telah menonton video kami

e7ea6123-ab57-49f7-881e-06c801c43d2e-1.jpg

Kenailya Adan

Kenai berasal dari Miri, kini belajar di Taylor's Lakeside Campus, mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Seni Bina.

Menurut pendapat Kenai, video itu sangat mempengaruhi dirinya sehingga beliau merasa sangat tersentuh dari pengalaman dibuli semua peserta. Video tersebut memberi impak kesedaran yang besar bahawa gejala buli harus diambil serius kerana tiada insan yang ingin dibuli. Video itu terdiri daripada lapisan masyarakan berbilang kaum, dan secara tidak lansung memberikan perspektif yang berbeza untuk gajala buli.

 

Manusia haruslah mempunyai rasa empati terhadap orang lain. Semua orang mahu dilayan dengan baik dan tidak mahu penderitaan. Sama seperti para peserta, mereka tidak ada pilihan untuk mengatakan tidak ketika mereka dibuli. Mereka tidak mempunyai pilihan dan tiada orang yang memberi pertolongan kepada mereka. Sekiranya seseorang itu tidak pernah melalui di diskriminasi dan dibuli,  video ini adalah kaedah terbaik untuk menyedarkan mereka.

7e54ebed-5f57-4f75-83ab-44e473ff0a0b.jpg

James Richard Williamson

James berasal dari Selangor, sedang belajar di Taylor's Lakeside Campus,mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Seni Bina.

 

Pada pendapat James, video yang ditonton telah memberi impak besar dari segi emosi beliau selepas mendengar kisah-kisah tentang diskriminasi yang dirasai oleh kawan-kawannya. Acara ini berfungsi sebagai platform bagi para peserta untuk menyuarkan perasaan tentang pengalaman buli mereka. Kisah-kisah benar yang dikongsikan telah menarik perhatian James dan memberi perspekstif baru tentang betapa seriusnya isu diskriminsasi dan buli yang sedang berlaku dalam generasi terkini.

Setelah menonton video tersebut, James sedar sejauh manakah buli boleh mempengaruhi mentaliti seseorang. Bukan semua yang boleh dikaitkan dengan kisah-kisah buli, ia kerena mereka tidak pernah dibuli sebelum ini. Oleh sebab itu, kita haruslah melayan orang lain dengan baik dan adil, kerana kita tidak tahu akan kesusahan orang lain yang sedang menderita dalam diam

447489e3-6c5c-4851-b345-39900ad039a7.jpg

Bryan Ong Wen Jian

Bryan berasal dari selangor, sedang berlajar Taylor's Lakeside Campus.

 

Pada pendapat Bryan, video yang dipaparkan kepadanya itu menunjukkan pelbagai diskriminasi yang berlaku dan bukannya hanya sekadar diskriminasi kaum. Ia menunjukkan bahawa video tersebut boleh meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dan mesti disebarkan secara meluas. Kisah-kisah yang diceritakan para peserta menyayat hati Bryan lebih lagi apabila mendengar kisah peserta yang menderita akibat dibuli.

 

Video ini dapat membantu orang ramai untuk mengetahui bahawa bertapa teruknya dan peritnya perasaan apabila didiskriminasi atau dibuli daripada orang yang pernah dibuli. Ia boleh memberi impak yang besar kepada masyarakat di mana jikalau ternampak sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat, maka jauhkan diri atau laporkan kepada pihat atasan. Ia juga menunjukkan sikap baik dan melayan orang tampa mengira kaum atau latar belakang. Tiada siapa yang mahu dibuli.

bottom of page