Arianna Neelkrish
Penolong Setiausaha
School of Architecture, Building and Design
Student ID
0360011
Refleksi
Setelah menyelesaikan projek ini, saya berasa amat bersyukur kerana mendapat ahli-ahli kumpulan yang kerap mengambil inisiatif untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar.
Pada mulanya, kami telah memutuskan untuk menganalisis dan membuat kajian tentang diskrimani akibat pengaruh globalisasi di Malaysia. Kami memastikan untuk menekankan aspek etika dalam projek kami, dengan memfokuskan pada nilai-nilai dan ajaran moral yang ditularkan oleh peradaban Melayu, Cina, India serta bangsa-bangsa lain dalam negara Malaysia. Kami telah membahas tentang bagaimana konsep-konsep etika, seperti kejujuran, toleransi, dan rasa hormat terhadap alam, diterapkan dalam peradaban masyarakat sebelum dan selepas
kedatangan kolonisasi.
​
Kami juga menganalisis bagaimana isu-isu seperti diskriminasi, keadilan dan ketidakadilan sosial dipandang dan dihormati dalam kalangan masyarakat dari segi video. Dalam video tersebut, terdapat beberapa orang dari bangsa dan latar belakang yang berbeza. Tujuan video tersebut adalah untuk mengkaji bagaimana diskriminasi terhadap golongan dengan bangsa yang berbeza di Malaysia masih berleluasa, dan bagaimana kita, sebagai rakyat yang Amanah dan rasional akan mengatasi masalah tersebut.
​
Kesimpulannya, pengalaman yang diperolehi dari projek ini akan saya membawa apabila
menghadapi apa sahaja rintangan yang dihadapi pada masa depan. Saya amat berterima kasih akan ahli-ahli kumpulan saya juga, kerana telah mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk memastikan projek ini untuk berakhir dengan lancar.