top of page

Yeoh Chean Yi

AJK E-Portfolio

School of Engineering

Student ID

0354498

Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bahagian ini merupakan refleksi yang saya buat untuk projek modul Penghayatan Etika dan Peradaban.

​

Dalam modul ini, saya bersyukur kerana berada dalam pasukan yang proaktif dan ahli-ahli saling tolong-menolong semasa projek berlangsung. Hal ini demikian kerana pada permulaan projek, saya tidak mengetahui dan mengenali kebanyakan ahli pasukan kerana mereka berasal dari ‘School of Architecture’. Saya tidak tahu bagaimana untuk menyertai perbualan dan perbincangan pasukan. Namun begitu, mereka mengambil inisiatif dan meminta pendapat saya. Mereka juga akan menolong saya dalam tugasan yang tidak difahami oleh saya. Dengan sokongan dan bantuan pasukan saya, kami berjaya menyiapkan projek ini dalam tempoh diberi.

​

Semasa melaksanakan tugasan yang diberi oleh pasukan saya, saya dapat memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan tentang adat resam, etika dan budaya Malaysia. Melalui penyelidikan, saya memahami bahawa Sejarah adalah berkaitan dengan budaya di sesuatu tempat. Contohnya, budaya dan nilai renah diri mungkin terwujud disebabkan oleh penjajahan Barat. Saya juga telah belajar tentang kesan dan impak yang terhasil daripada budaya unik Malaysia. Budaya Malaysia yang unik mungkin menyebabkan kejutan budaya dalam kalangan pelancong dan lagi menyebabkan diskriminasi berlaku. Selain itu, saya juga telah belajar tentang ketidaksamaan antara agama Malaysia. Sebagai contoh, setiap agama mempunyai haram yang unik dan raikan percutian yang berbeza.

​

Akhirnya, saya mempelajari nilai-nilai dalam projek ini. Saya dapat memperoleh nilai toleransi kerana walaupun agama Malaysia mempunyai banyak perbezaan, rakyat Malaysia masih bertoleransi dan menerima tradisi dan kepercayaan agama lain. Saya juga belajar tentang nilai bekerjasama dengan menyiapkan tugasan diri dan menolong ahli pasukan jika diperlu.  

bottom of page