Abdul Hasib Bin Sulaiman
Pelakon
School of Computer Science
Student ID
0356299
Refleksi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya berucap ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang telah memberi Kerjasama untuk menyiapkan tugasan MPU 3183 penghayatan etika dan peradaban. Tugasan ini memberi banyak pengajaran kepada saya.
​
Pada peringkat awal, perkara yang paling sukar waktu bekerja dengan kumpulan adalah apabila hendak menubukan satu idea yang bagus dan apabila setiap ahli memberi idea mereka, maka terbentuklah perbalahan di situ. Untuk mengawal 20 ahli dalam kumpulan juga adalah sukar dalam bekerja dalam kumpulan. Tetapi, dengan bekerja sama tugasan subjek ini kami dapat menyiapkan dengan lancar dan baik. Topik yang kami pilih adalah Pengaruh Globalisasi Terhadap Etika dan Peradaban. Setiap ahli akan dapat tugasan daripada ketua kumpulan kami dan tugasan saya ialah untuk mencari maklumat tentang adakah tradisi di kaum lain memberi impak dan kesan cara hidup rakyat Malaysia. Banyak sumber yang telah saya menyelidik untuk tajuk ini seperti video-video di internet, laman web dan lain-lain. Saya juga berbincang dengan sahabat dah akhirnya, kami telah dapat idea yang tepat berkenaan tajuk.
​
Selain itu juga, subjek ini juga telah banyak mengajar saya tentang etika dan peradaban. Setiap kaum mempunyai budaya dan kepercayaan mereka. Dengan ini, saya memahami lebih pada setiap kaum apabila saya mempelajari subjek ini. Kumpulan saya juga mempunyai pelbagai bangsa dan saya juga banyak mempelajari ilmu-ilmu baru daripada mereka. Saya berterima kasih kerana dapat ahli kumpulan seperti ini.
​
Dengan akhir kata, saya berucap ribuan terima kasih kepada semua kumpulan saya yang telah memberi 100 peratus kepada tugasan ini. Saya juga mahu berterima kasih kepada pn. Norshahila Mohamad Razak yang telah mengajar kami subjek Penghayatan Etika dan Peradaban.Dengan rangkap pantun, Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa di anak dara, Baliklah tuan membawa ilmu, binalah bangsa bangunkan negara. Sekian terima kasih.