top of page
LX.jpg

Ooi Li Xiang

AJK E-Portfolio

School of Engineering

Student ID

0354855

Refleksi

Terlebih dahulu, saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyertai modul tentang etika dan peradaban. Kenangan pertama saya terhadap modul tersebut adalah modul yang hanya perlu hafal serta kegunaannya dalam kehidupan seharian kita. Jadi, asalkan kelakuan anda terhadap orang lain dikira sebagai tanda penghormatan, modul ini mungkin boleh lulus, kan? Eh, bukan macam itu ke? Sebenarnya, modul ini susah kerana terdapat projek yang perlu membuat dokumentasi tentang projek kita, serta pembinaan laman web (e-portfolio) kita tentang topik yang perlu kita berkongsi dengan orang lain.

 

Demi projek ini, kumpulan kita telah bertungkus lumus membuat pencarian maklumat tentang topik kita, dan alangkah tengkujuhnya terdapat banyak ilmu yang spesifik masih belum kita teladani dalam kehidupan seharian. Dengan ini, kumpulan kita mampu menyebarkan kepentingan modul serta topik kita dengan motifnya untuk memberikan pendalaman tentang etika dan peradaban. 

 

Dalam masyarakat moden ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kes-kes merokok, penagihan dadah, seks bebas dan lain-lain gejala sosial hedonisme di antara remaja telah dimunculkan dalam tajuk utama surat khabar. Sebagai natijahnya mereka dianggap serta dilabelkan sebagai lintah masyarakat. Saya perlu menegaskan bahawa kita sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara seharusnya memupuk nilai-nilai murni dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan kita supaya tidak dianggap biadab terhadap orang lain. Oleh itu, kumpulan kita mampu bekerjasama kerana bulat air pembetung, bulat manusia kerana muafakat untuk melaksanakan aspirasi kita untuk menyebarkan kepentingan topik serta modul kita.

 

Sebagai akhirulkalam, walaupun penggunaan Bahasa Melayu saya lemah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan atas bantuan kerja-kerja terjemahan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua kumpulan yang berkaliber telah menjadi teladan baik terhadap kumpulan kita ke arah maju jaya.

 

Sekian.

bottom of page