top of page
Meesha.jpg

Meesha

Naib Pengerusi

School of Architecture, Building and Design

Student ID

0350640

Refleksi

Melalui kerja kumpulan ini, saya berjaya memupuk nilai-nilai etika dan profesionalisme. Saya sedar bahawa untuk menjayakan sesuatu aktiviti bukannya satu kerja yang mudah, tetapi memerlukan kerjasama dari setiap ahli kumpulan. Dalam pandangan saya, sikap boleh melaksanakan aktiviti tanpa melengahkan masa adalah amat penting.


Pada mula-mulanya, saya berasa amat tertekan kerana kami menghadapi pelbagai masalah dari segi penyediaan tempat di mana video kami boleh dirakamkan. Melalui program ini, pemikiran kritis kami telah dirangsang dan kami tetap cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami juga dilatih untuk membuat keputusan secara rasional dan bijaksana. Selain itu, terdapat masalah kefasihan bahasa dalam kalangan ahli-ahli, maka kami pun mencadang untuk meminta pandangan dari guru bahasa melayu dari segi pembentangan.


Justeru, kami turut dipupuk dengan nilai kecekapan, akauntibiliti, tanggungkawab dan amanah. Kami perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan semasa aktiviti dijalankan. Misalnya, mikrofon yang tidak mencukupi terpaksa digantikkan dengan pengunaan telefon pintar sendiri. Kami perlu membuat keputusan dengan cekap dan menjalankan jalan penyelesaian dengan pantas.


Kesimpulannya, saya bersama ahli-ahli kumpulan telah memperolehi banyak kemahiran dan pengalaman yang tidak dapat dipelajari dalam kehidupan seharian. Saya amat bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang bertanggungjawab dan berintegriti.

bottom of page