top of page
Nana.jpg

Nur Nazeeha Binti Nazim

Setiausaha

School of Architecture, Building and Design

Student ID

0350406

Refleksi

Melalui projek ini, saya belajar bagaimana untuk bekerja secara baik bersama kumpulan, yang mana bukan sahaja memahirkan cara berkomunikasi, tetapi juga dalam menjaga etika dan peradaban yang membantu saya bekerjasama dengan kumpulan.

 

Kami memulakan projek ini dengan memilih topik mana yang sepatutnya dimasukkan ke dalam video, dan selepas mengenal pasti pilihan topik, akhirnya kami memilih “Pengaruh Globalisasi Terhadap Etika dan Peradaban.” Setelah memilih topik, kami berbincang dan bertukar pendapat untuk memastikan perkara yang perlu difokuskan dan kami bersependapat untuk kecilkan skop kepada topik yang lebih khusus iaitu diskriminasi. Kami memutuskan untuk memilih topik ini memandangkan ianya adalah isu global yang ketara yang masih belum ada jalan penyelesaian. Walaupun sedar bahawa isu diskriminasi ini tiada penyelesaian tertentu, kami tetap mencari jalan dengan harapan sekurang-kurangnya dapat membuat video yang berkaitan dan memberi peluang kepada mereka yang pernah dibuli menyuarakan pendapat mereka. Maka, pada mesyuarat seterusnya kami memutuskan untuk mencipta semula satu rancangan popular di youtube yang dikenali sebagai “Jubilee”, iaitu sebuah rancangan yang mana pengacara memilih satu kumpulan kecil untuk berbincang mengenai subjek tertentu, dan dari sini ianya dapat membantu kami membuat kesimpulan untuk laporan topik diskriminasi ini.

 

Kesimpulannya, kami telah membina pelbagai kemahiran melalui penghasilan video, termasuk penyuntingan, pengarahan, dan juga melayan ahli kumpulan secara adil. Dengan demikian, kami bukan sahaja belajar etika dan peradaban melalui modul ini, bahkan juga melalui projek ini, yang mana membuatkan saya rasa sangat bersyukur.

bottom of page