Muhammad Rusyaidi Bin Mohamad Haze
AJK Perakaman & Audio
School of Architecture, Building and Design
Student ID
0359580
Refleksi
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek MPU3183 Penghayatan Etika dan Peradaban, kami agak keliru tentang kehendak soalan Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Penghayatan Etika dan Peradaban amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari idea untuk melaksanakan kerja kusus yang di amanahkan kepada kami. Akhirnya, kami mendapati bahawa di Malaysia, etika memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat dan norma-norma budayanya. Negara ini dikenal dengan warisan kaya dan praktik budaya yang beragam, yang telah diformat oleh kepercayaan agama dan etika.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Penghayatan Etika dan Peradaban dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat- maklumat tersebut melalui sumber internet. Setelah mendapat idea tentang tugas yang diberikan, kami berpecah kepada beberapa kumpulan untuk dibahagikan tugas, Ini kerana kumpulan kami terdiri daripada 20 ahli. Terdapat kumpulan yang membuat Video untuk kursus ini, ada juga yang membuat “survey” untuk melihat respond golongan umum tentang Penghayatan Etika dan Peradaban. Akhirnya dengan usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami untuk menjadi insan yang lebih berguna di masa hadapan.
Akhir sekali, Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Ini kerana keunikkan negara Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai ethnic. Saya juga berasa seronok bekerja dengan kawan kawan dari fakulti lain.